Cara Nak Naikkan Jualan dengan Website

 

Cara Naikkan Jualan dengan Website. Ini 7 Strategi Berkesan

 

Ramai pemilik bisnes dah ada website sendiri, tapi masih struggle nak hasilkan jualan. Kalau anda pun sama, artikel ni untuk anda! Jangan biarkan website anda sekadar “hiasan digital”. Gunakan strategi ni untuk jadikan ia mesin jualan automatik 24/7.

1. Pastikan Website Mobile-Friendly

Lebih 70% pengguna internet Malaysia guna telefon untuk browsing. Kalau website tak mesra telefon, loading lambat atau layout serabut — pelanggan akan lari.

Tips:

  • Guna theme yang responsif
  • Elakkan elemen berat (gambar besar, slider berlebihan)

2. Gunakan Copywriting Yang Menjual

Visual penting, tapi kata-kata yang menjual lebih penting. Ayat-ayat dalam website perlu meyakinkan, bukan sekadar info.

Contoh teknik copywriting:

  • Headline yang tarik perhatian
  • Cerita masalah pelanggan & bagaimana produk anda bantu
  • Call-to-action (CTA) yang jelas dan direct

3. Optimasi SEO Website Anda

SEO bantu website anda muncul di carian Google bila pelanggan cari produk/servis anda.

Contoh keyword:

  • “pakej servis aircond murah KL”
  • “kedai makan sedap Shah Alam”

Guna plugin SEO seperti Rank Math atau Yoast SEO untuk bantu anda optimasi title, meta description & keyword dalam content.

4. Letak Butang WhatsApp & Borang Mudah

Make it easy for customers to reach you!

Tips:

  • Letak butang WhatsApp yang ‘sticky’
  • Gunakan borang ringkas – info yang minimum, maksimum conversion
  • Pastikan CTA jelas: “Tanya Sekarang”, “Dapatkan Sebutharga”, dll.

5. Tawarkan Promosi, Free Gift atau Diskaun

Taktik psikologi ni masih jadi senjata ampuh untuk close sale. Bila pelanggan rasa “untung”, mereka lebih mudah membeli.

Contoh:

  • “Free gift untuk pembelian hari ini sahaja”
  • “Diskaun 10% untuk pelanggan baru”

6. Paparkan Testimoni & Review

Pelanggan percaya pada pelanggan lain. Testimoni boleh boost keyakinan dan bantu tingkatkan conversion.

Tips:

  • Paparkan testimoni bergambar
  • Sertakan nama & lokasi (jika boleh)
  • Guna plugin seperti WP Review atau Site Reviews

7. Guna Tracking Tools (Google Analytics / Meta Pixel)

Jangan main agak-agak. Gunakan tools seperti Google Analytics, Search Console, dan Meta Pixel untuk:

  • Lihat dari mana datang trafik
  • Page mana paling ramai tengok
  • Conversion funnel anda

Penutup — Naikkan Jualan, Bukan Sekadar Trafik

Website boleh jadi ejen jualan paling setia — kalau dioptimumkan dengan betul.

Kalau anda masih tak pasti apa yang kurang atau nak tahu potensi website anda, hubungi kami sekarang

Baca juga macam mana web client kami buat jualan RM100k dalam seminggu

Untuk pasang app VirtualNiaga: tekan ikon Share di bawah, kemudian pilih "Add to Home Screen".
Scroll to Top