Pakej Rekaan Web CMS
Pakej ini sesuai untuk web syarikat atau perkhidmatan.
Statistik menunjukan 81% orang membuat research online sebelum membuat keputusan untuk memilih peniaga yang mana patut dipilih dan apa yang yang ingin dibeli. Tetapi, 50% rakyat Malaysia yang berniaga tidak memilik laman web. Statistik pengguna internet 2011 menunjukan hampir 17 juta pengguna di Malaysia.
Laman web korporat merupakan sebuah plat form web yang akan memaparkan informasi syarikat atau perniagaan dengan cara susunan informasi melalui beberapa halaman (pages). Berbanding landing page hanya satu page.
Manakala, CMS merujuk kepada content management system. Sistem yang memudahkan anda sebagai peniaga untuk mengemaskini laman halaman web sendiri dengan cara login terus di laman web dan membuat editing dengan mudah dimana saja anda berada.
Jika dibandingkan dengan sistem web lain, anda perlu install software pada komputer dahulu, mengedit file web dan kemudian mengupload ke server. Jujur kami katakan, ianya agak ‘leceh’ dan terlalu teknikal. Ini menyebabkan ramai usahawan yang telah beralih kepada CMS.
Kami membantu pelanggan mengembangkan bisnes mereka dan mencapai sasaran dengan bantuan laman web yang akan meningkatkan jenama, conversion rate dan memaksimkan revenue mereka.
Kami di VirtualNiaga sudah beroperasi sejak tahun 2006 dalam pembangunan laman web berbentuk CMS kepada usahawan SME di Malaysia.
8 kepentingan laman web CMS kepada perniagaan anda
1# Reputasi & kepercayaan jenama perniagaan / syarikat
- Katakan lah anda sedang mencari akauntan khusus yang boleh tolong anda tentang cukai. Anda pun dah cuba mencari di internet, tetapi sedikit sangat info tentang mereka dan mereka langsung tidak mempunyai laman web pada masa ini. Adakah anda akan mempercayai perniagaan itu? Kemungkinan besar tidak. Tidakkah anda berasa lebih selesa mempercayai seseorang selepas anda dapat memperoleh lebih banyak maklumat latar belakang tentang perniagaan dan kelayakannya?
- Anda kena ingat, pelanggan yang mencari anda di internet atau cuba ‘research’ perniagaan yang anda tawarkan sangat takut dengan ‘scam’. Jadi, kuatkan reputasi anda untuk tidak dilabel sebagi ‘scammer’.
- Tahukah anda: Menurut penyelidikan web dari Stanford, 75% pengguna mengaku membuat pertimbangan tentang kredibiliti syarikat berdasarkan reka bentuk laman web mereka
2# Syarat lulus permohonan
- Ada sesetengah borang permohonan seperti permohonan untuk MOF*, dan lain-lain mewajibkan pemohon untuk meletakan alamat domain web untuk semakan dan kelulusan borang. *Sila rujuk semula bahagain terlibat.
3# Infomasi tersusun
- Dengan web semua maklumat boleh disusun dalam keadaan tetap ‘fix’ untuk memudahkan pelanggan baca setiap kali mereka masuk ke web.
- Jika dibandingkan dengan media sosial, semua maklumat dalam keadaan ‘scroll’. dan menyukarkan pelanggan mencari maklumat penting.
4# Ranking carian Google
- Jika anda mempunyai sosial media, semua posting yang anda buat sangat sukar untuk di pamirkan di carian Google.
- Sangat rugi jika anda tidak mempunyai laman web kerana sangat tinggi peluang perniagaan anda untuk dijumpai bakal pelanggan anda
- 98.39% rakyat Malaysia menggunakan Enjin Carian Google untuk mencari maklumat dalam talian
5# Persaingan
- Kemungkinan besar pesaing anda sudah mempunyai laman web, yang meletakkan anda selangkah di belakang yang lain.
- Sebaik sahaja bakal pelanggan anda menyedari bahawa pesaing anda mempunyai web dan anda tidak, imej anda mungkin kurang di mata mereka. Pesaing anda kemudiannya akan mempunyai kelebihan berbanding anda. Anda ingin mestilah mengikut ‘strategi’ yang sama dengan melakukan perkara yang sama supaya anda tidak ketinggalan.
6# Khidmat pelanggan yang lebih baik
- Mempunyai laman web membolehkan anda maklumat segera dijumpai dan kadangkala maklumat boleh dikongsi yang boleh dimuat turun oleh pengguna anda.
- Dengan itu, anda boleh menambah banyak fungsi dan halaman (page) yang boleh membantu pelanggan anda mencari jawapan untuk sebarang soalan yang mereka carikan
- Sebagai contoh, dengan hanya mempunyai borang pertanyaan (inqury), pelanggan anda boleh menghubungi anda pada bila-bila masa dengan tanpa mereka perlu menunggu atau menghubungi untuk pertanyaan mereka. - Contoh lain ialah halaman "Soalan Lazim" yang mana soalan pelanggan biasa sudah dijawab.
- Dengan mempunyai dua ciri asas ini, anda dapat create pengalaman positif kepada pelanggan anda dan mereka berkemungkinan besar menganggap anda profesional dan ingin berurusan dengan anda.
7# Platform pemasaran masa kini
- Walaupun zaman sekarang telah mempunyai pelbagai media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok, namun laman web masih relavan dengan keistimewaan yang tersendiri.
- Walaupun masih ada peniaga yang mengabaikan kepentingan laman web, harus anda ingat bahawa pesaing anda mungkin sudah mempunyai web.
8# Sebagai kataloge dan online profile
- Lebih daripada 70% pembeli B2B hari ini adalah milenium yang celik teknologi. Mereka lebih suka menyelidik sendiri tentang syarikat anda untuk melihat sama ada anda sesuai untuk projek mereka.
- Jadi, jika anda menjual produk atau komponen perindustrian dan tidak mempunyai katalog produk dalam talian, mereka mungkin beralih kepada pesaing.
Solusi laman web profesional
Kelebihan Dan Proses Pembinaan Web Korporat CMS dengan VirtualNiaga
Mungkin anda rasa ragu-ragu sebab apa nak kena tempah dengan kami, betul tak? Banyak yang offer murah-murah dekat luar sana. Anda boleh pilih mereka, takda paksaan pun. Tapi kalau anda pilih kami, ini kelebihan kami
- Rundingan boleh dibuat secara Google Meet (atas permintaan pelanggan)
- Web design mengikut perniagaan pelanggan.
- Web responsif screen size pada komputer, tab dan telefon.
- CMS: Web mudah untuk tambah (add), kemaskini (edit) dan padam (delete) informasi.
- Web boleh dimasukan teks, gambar, video, pdf file, link dan pelbagai lagi.
- Web boleh di linkan dengan media sosial dan Google Map.
- Web mempunyai fungsi paparan video Youtube dan download fail seperti doc, excel, power point dan pdf.
- Borang online dengan fungsi upload file.
- Kemaskini terus pada web dan hasilnya segera
- Auto-backup setiap hari.
- Hosting terbaik dengan support chat 24 jam.
- Hosting boleh di upgrade untuk menambah kelajuan dan storage..
- Web boleh di upgarde untuk fungsi news, e-commerce dan catalogue.
- Semua login penting diserahkan kepada pelanggan.
- Warranty pada plugin dan web based (12 bulan).
- Khidmat konsultansi dan diberikan (12 bulan). Konsultansi meliputi skop pengurusan web sahaja
- Perundingan percuma untuk tambahan fungsi atau sistem baru.
Perniagaan Yang Sesuai Untuk Pakej Web Ini
Syarikat Engineering / Construction
Syarikat jurutera, kontraktor, O&G.
Ejen / Agensi
Ejen hartanah, jual kereta, insuran dan lain-lain.
Syarikat Agensi Pelancongan
Syarikat Pelancongan. Umrah Haji.
Servis / Konsultan
Semua jenis bisnes servis / konsultan
News / Listing
News (Berita). Listing Hartanah. Blog Artikel.
Kursus / Bengkel / Studio
Kursus, seminar dan studio.
Personal Branding
Web Personal Branding / atau syarikat.
Pusat / Kesatuan / Persatuan / Kelab
Pusat jagaan, rawatan, memandu, pusat latihan.
Institusi Pendidikan
Pusat tuisyen, sekolah, kolej & , Madrasah.
Sewaan / Tempahan
Sewaan kenderaan. Katering, kanopi.
Contoh Beberapa Web Pelanggan Kami








Dapatkan Webmaster Untuk Membina Laman Web Anda Sekarang
Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan harga laman web korporat mampu milik.
Adakah perkhidmatan kami sesuai kepada anda dan ingin bekerjasama?
- Anda mencari harga yang berpatutan dan servis yang bagus.
- Perlukan pakar laman web yang berpengalaman.
- Sanggup mencapai big goals perniagaan anda walau apa cara sekali pun.
Jika anda menjawab YA semua di atas, bermakna kita sesuai bekerjasama. Mereka laman web memang mudah, tetapi membina laman web yang berimpak untuk perniagaan anda yang paling penting. Sekarang, pilihan di tangan anda…




